oleh : ahnajd junaidy al-batawie
Al-Ghazali dalam karyanya Ihya
Ulumuddin membahas mahabbah secara luas. Dalam pembahasan tersebut, Al-Ghazali
antara lain memberi ulasan pada salah satu syair Rabiatul
Adawiyah tentang pembahagian cinta. Dalam syair disebutkan:
Aku mencintaiMu dengan dua macam cinta
Cinta kerana diriku dan cinta kerana diriMu
Cinta kerana diriku adalah keadaan sentiasa mengingatMu
Cinta kerana diriMu adalah keadaanMu
Menyingkapkan tabir hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini dan baik untuk itu
Pujian bukanlah untukku
bagiMu segala pujian
menurut Al-Ghazali, dalam
memperkatakan pembahagian cinta tersebut, mungkin yang dimaksudkan dengan cinta
kerana diriku atau oleh dorongan hati belaka adalah cinta pada Allah kerana
kebaikan dan kurniaNya. Sedangkan bentuk cinta kedua, kerana diriMu adalah
cinta keindahan dan keagunganNya. Cinta terakhir inilah yang paling luhur dan
mendalam serta merupakan kesihatan melihat keindahan Tuhan.
Sebelum membahas pengertian mahabbah
secara terminologi, terlebih dahulu perlu diungkap pengertian mahabbah menurut
etimonologi. Dalam pengertian terakhir, misalnya, Al-Hujwiri dalam kitabnya
Kasful Mahjub mencoba menjelaskan makna al-hubb (mahabbah). Menurut riwayat,
mahabbah berasal dari kata habbab yang berarti benih-benih yang jatuh ke bumi
di padang pasir. Sebutan hubb diartikan demikian kerana cinta adalah sumber
kehidupan, sebagaimana benih yang merupakan asal mula tanaman. Benih disebarkan
di gurun pasir, tersembunyi di bumi, hujan pun turun, matahari menyinari bumi.
Namun, benih tersebut tidak rusak oleh perubahan musim, malah tumbuh, berbunga
dan memberikan buah. Demikian juga cinta, bilamana ia hadir dalam hati
seseorang, ia tidak akan rosak oleh kehadiran dan ketidakhadiran, oleh senang
atau susah, oleh perpisahan atau kesatuan.
Mahabbah dapat pula diambil dari kata hubb
yang berarti sebuah tempayan yang penuh dengan air tenang, kerana cinta yang
telah terpadu dalam hati dan memenuhi hati, di situ tidak ada lagi ruang bagi
pemikiran selain yang dicinta. Makna lain mahabbah, diambil dari kata hubb yang
berarti empat keping kayu penyangga pada air, karena sebagai pencinta dengan
suka hati menerima apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya, berkenan atau
tidak, susah ataupun senang.
Di samping itu, hubb dapat juga diartikan
dengan gelembung-gelembung air dan luapannya di waktu hujan lebat, kerana cinta
merupakan luapan hati yang menundukkan kesatuan dengan kekasih. Makna demikian
diambil dari mahabbah yang diturunkan dari kata hubbab. Hubb juga dijadikan
sebagai sebutan cinta murni.
Cinta adalah fitrah alamiah manusia.
Atas dasar ini kita melihat bahawa setiap manusia tertarik pada anggota2 lain
di antara jenisnya dengan suatu kekuatan batin.
Masih dalam pembahasan yang sama,
Prof. Harun Nasution menjelaskan cinta sebagai berikut:
a) Memeluk kepatuhan
kepada Tuhan dan membenci sikap melawanNya
b) Menyerahkan seluruh
diri kepada Yang Dikasihi
c) Mengosongkan hati
dari segala-galanya, kecuali dari Yang Dikasihi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar